'Jasad yang pergi, ilmu dan perjuangan kekal di dada kami'

KUALA LUMPUR: Pemergian Almarhum Tuan Guru Harun Taib adalah satu kehilangan besar buat Gerakan Islam di rantau ini, kata AJK PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Bagaimanapun, katanya malang ada portal dan penulis seperti melepaskan dendam tersumbat apabila membidik almarhum sebagai perginya ulama konservatif sehari selepas beliau kembali ke rahmatillah.

Tambah Ahli Parlimen Temerloh itu, tanpa peduli adab dan hormat, mereka seperti gembira dengan pemergian almarhum.

"Saya sekadar ingin mengingatkan, yang pergi ialah jasad almarhum Tuan Guru mendapatkan kekasihnya yang Maha Kuasa tetapi ilmu dan roh perjuangan masih kekal di dada kami anak-anak muridnya.

"Perjuangan beliau akan bersambung insya Allah," tegasnya yang merupakan anak didik almarhum.