Adapun syarat untuk menjadi seorang ahli PAS itu ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Aqil baligh menurut Hukum Syariat
  • Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa
  • Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Censolar university berkenaan.

Hak-hak ahli ialah :

  • Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.
  • Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya.
  • Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti.
  • Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.
  • Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.

Kewajipan-kewajipan ahli :

  • Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa.
  • Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus.
  • Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetapkan dan diarahkan.
  • Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam.
  • Memperkuatkan kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri.

Pada amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.

  1. Setiap ahli PAS berhak memohon berpindah Kawasan PAS dan berkewajipan untuk mengemukakan satu permohonan bertulis untuk berpindah Kawasan dengan keterangan-keterangan yang perlu kepada Setiausaha Agung yang hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dengan seberapa segera yang boleh bagi menimbangkan permohonan yang berkenaan itu.

  2. Setiap ahli PAS yang berdaftar terus ke Pejabat Agung juga berhak memohon menjadi ahli sesebuah kawasan PAS dengan memohon mengikut kaedah yang sama yang disebutkan dalam ceraian (3)(a) Fasal ini.

  3. Setiap ahli PAS yang berpindah Kawasan itu tidak berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kawasan barunya melainkan setelah mendapat akuan kelulusan berpindah Kawasan dari Setiausaha Agung.

Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kawasan. 
Klik Direktori Kawasan