Assalamualaikum.

Berdasarkan maklumat kejadian mangsa hilang di bawa arus yang berlaku di Kem Sungai Besi petang tadi bertarikh 30 /11/2015  membabitkan  remaja dan kanak2 lelaki anak anggota Tentera berusia 10,12 dan 14.

Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan memohon seluruh anggotanya membantu gerakan mencari mangsa yang terlibat. Operasi mencari dan menyelamat itu akan di laksanakan dengan menyusuri sepanjang laluan Sungai Kuyoh hingga ke Sungai Klang mulai esok pagi.

Jabatan Amal Wilayah Persekutuan akan memohon bantuan anggota Jabatan Amal Selangor untuk operasi sepanjang Sungai Klang sama ada memasuki Tasik  Shah Alam atau terus ke Muara Sungai Klang.

Jabatan Amal Wilayah Persekutuan juga sedang menanti arahan selanjutnya dari Jabatan Amal Malaysia dalam usaha membantu Agensi Kerajaan  seperti PDRM, Bomba, JPaM dan sebagainya.

Untuk usaha malam ini pula, Jabatan Amal Wilayah Persekutuan memohon seluruh anggotanya bermunajat memohon pertolongan dari Allah SWT agar di permudahkan urusan dan di beri ketabahan kepada keluarga mangsa yang terlibat. Semoga segala usaha kita ini di berkati oleh Allah SWT

Beramal Kerana Allah.


Mohammad Rashidi Abd Razak.

Pengarah Jabatan Amal DppwP.
TP3 Jabatan Amal Malaysia