Oleh Wartawan PASWP

PUTRAJAYA, 28hb Oktober 2015 : Ahli PAS hendaklah sedar bahawa keberadaan dalam perjuangan Islam adalah satu kemuliaan kerana kita amat berhajat kepada perjuangan Islam.

Ianya memberi erti bahawa kita yang amat memerlukan kepada Islam dan bukan sebaliknya. Ianya menuntut kita agar berusaha tetap di atas jalan ini.

Demikian penegasan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh di hadapan saf pimpinan dan ahli PAS Putrajaya dalam siri jaulah BPPWP ke kawasan-kawasan.

Beliau juga turut menyeru agar ahli PAS supaya senantiasa beristiqamah di atas jalan kebenaran membawa risalah Islam.

Saran beliau lagi , kehidupan kita menjadi tidak bererti tanpa memperjuangkan agama Islam. Ianya merupakan tuntutan ke atas sesiapa yang bergelar Muslim.