Dulu, peperiksaan di sekolah banyak mengajar saya erti tanggung jawab diri, berkorban untuk ibu bapa, berkongsi gembira dengan para guru dan bantu-membantu bersama rakan-rakan di sekolah.

Peperiksaan juga mengajar saya bagaimana menenangkan diri menghadapi kekalutan, bagaimana menerima kegagalan dan bagaimana menyambut kejayaan.

Hari ini, rupanya peperiksaan dalam kehidupan semakin menekan. Mujurlah saya belajar lebih awal bagaimana menghadapinya. Saya bersyukur kerana Allah sentiasa mengajar saya melalui kejayaan dan kegagalan juga. Ia sehingga saya kini mula melalui satu pelajaran yang lebih berharga dalam kehidupan, iaitu bagaimana untuk menikmati qada' dan qadar Allah ke atas diri kita. Bagaimana untuk gembira dengan kegagalan yang akan menjadi tangga awal menuju kejayaan.. jika kita menerimanya dengan tenang dan gembira.

Saya doakan anak-anak Malaysia hari ini yang menduduki semua peperiksaan dengan kejayaan cemerlang. Malaysia perlukan generasi akan datang yang lebih cemerlang. Kecemerlangan jiwa adalah yang utama.

Selamat menduduki peperiksaan anak-anak Malaysia. Allah bersama kita.