Oleh Wartawan PASWP

Putrajaya, 28hb Oktober 2015- Para pejuang Islam usah berasa bimbang dan gentar untuk memperjuangkan agama Allah s.w.t.

Kerana setiap kesusahan yang menyelubungi para pejuang Islam adalah satu kelazatan dan kemanisan daripada Allah ke atas hamba-hambaNya yang terpilih.

Demikian taujihat yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Dr Ali Jamil kepada amilin dan penyokong PAS di Putrajaya dalam siri Jaulah Harianke kawasan.

Beliau turut menyeru agar ahli dan penyokong PAS memperbanyakkan munajat dan berdoa kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan kekuatan iman dalam menyampaikan mesej Islam.

Ujian dan tribulasi merupakan salah satu penapisan yang diturunkan oleh Allah untuk menapis hamba-hambaNya yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t.

Turut hadir pimpinan PAS peringkat Wilayah Persekutuan dan pimpinan PAS kawasan serta ahli dan pendokong parti.