Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemain, pengurusan dan peminat Johor Darul Takzim (JDT) di atas kejayaan menjuarai Piala AFC 2015. Tahniah kerana berjaya mengibarkan Bendera Malaysia di arena bolasepak antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat kepada kebangkitan sukan bola sepak di Malaysia dan seterusnya mengembalikan kegemilangan bolasepak negara di persada antarabangsa sebagaimana yang pernah dikecapi sebelum ini, insyaAllah.

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

20 Muharram 1437H / 01 November 2015M