Kenyataan Media Rasmi
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

BERSIKAP ADIL UNTUK BENDUNG KEGANASAN DUNIA


 1. DPPM mengutuk sekeras-kerasnya siri serangan di Perancis hingga mengorbankan ramai penduduk awam, selain mendatangkan kecederaan kepada ramai lagi. Kami mengucapkan takziah atas keluarga mangsa serta seluruh rakyat Perancis dan menggesa pelaku kejadian segera diheret ke muka pengadilan.

2. Dunia akan bebas dari keganasan sekiranya semua pihak bersikap adil dan akan mencapai keamanan hakiki di bawah naungan Islam. Idealogi manusialah yang menerbitkan kegelojohan hawa nafsu dan penguasaan hingga manusia bertindak melampau, ganas, menzalimi dan berperang.

3. Kami mengharap seluruh dunia agar bersikap adil dengan tidak menuding jari kepada Islam. Ia tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya cenderung membakar sentimen dan prejudis yang membawa kepada bibit-bibit melampau.

4. Sedangkan perbuatan melampau adalah pada siri serangan terancang tersebut. Sedangkan perbuatan melampau yang bukan dari ajaran Islam. Hatta dalam memenuhi keperluan hidup seperti makan dan berpakaian, juga dalam beribadah, Islam melarang sikap melampau.

5. Sesungguhnya Islam adalah agama yang mensejahterakan dunia hingga akhirat. Islam memimpin kepada kesederhanaan, perdamaian dan melindungi segala hak termasuk atas individu. Apatah lagi ke atas masyarakat dan negara.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Isnin, 16 November 2015 | 4 Safar 1437 H