Kukuhkan Tarbiah Kerana PAS Adalah Mata Rantai Jamaah Islam 

Oleh Wartawan@dupp

Machang , 28hb November - PAS merupakan mata rantai kepada gerakan-gerakan Islam seluruh dunia yang memperjuangkan Islam dalam kehidupan manusia.

 Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,  Dato Mahfodz Mohamad di hadapan para perwakilan dewan Ulamak  seluruh Malaysia yang berkampung di MADU,  Machang dalam program Tamrin Qiadi Ulamak Peringkat kebangsaan.

Tamrin Qiadi anjuran Lajnah Tarbiah tersebut berlansung selama dua hari bermula 27hb November dan berakhir pada 28hb November.

Dalam ucapan tersebut,  beliau menyifatkan  PAS merupakan satu gerakan Islam yang bergerak seiringan dengan gerakan-gerakan Islam seluruh dunia dalam menyampaikan mesej Islam.

Beliau juga turut mengingatkan para ulamak tentang peranan penting mereka untuk mentarbiah ummah ini supaya kehidupan mereka terpandu dengan Islam.

Ujar beliau lagi,usrah dan muhasabah mestilah dijalankan secara lebih agresif dan serius untuk terus memperkukuhkan perjuangan PAS.

Beliau turut menyeru supaya ahli PAS terutamanya para ulamak terus memperkukuhkan tarbiah untuk terus mempertahankan kerajaan Kelantan daripada sebarang bentuk gangguan dan ancaman.