KHUTBAH JUMAAT 

(Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang)

Kedatangan Nabi dan Hidayah Allah

Wahai hamba-hamba Allah,bertaqwa lah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.Carilah bekalan,maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertaqwa kepada Allah.Maka sesungguhnya berjaya orang-orang yang bertaqwa.

Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah, 

Marilah kita bersama dengan umat islam dari seluruh pelusuk dunia menyambut bulan kelahiran nabi kita Muhammad SAW walaupun tidak ada ayat al-quran dan hadis nabi SAW yang menyuruh kita menyambut kelahirannya. Apa yang penting ialah mengikut ajarannya. Menjadi pengikutnya yang setia setelah kita menjadi umat islam dan kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberi hidayah kepada kita menjadi orang-orang islam. Islam adalah ajaran Allah SWT kepada seluruh alam yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul Alaihissalam. Kedatangan nabi Muhammad SAW membawa islam keseluruh pelusuk dunia,berbeza dengan rasul-rasul yang lebih dahulu daripadanya yang diutus untuk kaumnya sahaja,negerinya sahaja dan zamannya sahaja. Adapun kedatangan nabi Muhammad SAW diisytiharkan oleh Allah SWT : 

( surah al-anbiya 107)

Maksudnya : "dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam".

Kedatangannya adalah berita gembira kepada manusia yang beriman dan celaka kepada manusia yang tidak beriman dan menentangnya. Kedatangannya adalah tanda besar hari kiamat,selepas ini akan berlaku kiamat yang menghancurkan dunia seluruhnya,apabila manusia menolak islam yang dibawa oleh nabi muhammad SAW. Allah mengistiharkan kedatangan nabi Muhammad SAW dalam ayat-ayat yang lain :

(Surah as-saf : 9)

Maksudnya :" dialah yang mengutus rasulNya Muhammad SAW dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama islam),supaya dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain,walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. Hanya islam sahaja yang diterima oleh Allah SWT.Yang lain daripadanya,sama ada yang dinamakan agama-agama atau ideologi-ideologi ditolak oleh Allah SWT :

(surah al-imran :85)

Maksudnya : "dan sesiapa yang mencari agama selain agama islam,maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi".

Kedatangan nabi Muhammad SAW diberitahu oleh rasul-rasul yang lebih dahulu darinya.Tiap-tiap rasul memberitahu umat masing-masing, akan datang nabi akhir zaman. Apabila nabi ini datang mereka wajib beriman,menerima ajarannya dan berjuang bersama-sama dengannya .

( surah al-imran : 81 )

Maksudnya " dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari nabi-nabi (dengan firmanNya) : sesungguhnya apa jua kitab dan hikmah yang aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu,hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongNya".

Mereka yang mengkaji perbandingan agama pada hari ini mendapati berita kelahiran nabi Muhammad SAW disebut didalam kitab-kitab samawi (yahudi dan kristian) dan agama yang bukan samawi ( hindu,buddha dan lain-lain) memberi isyarat kedatangan nabi akhir zaman.Paderi-paderi,pendeta-pendeta dan sami-sami,yang menyembunyikannya memikul dosa menyembunyikan ilmu. Maka kita yang telah menjadi islam ini wajib bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan petunjuk dan hidayah Allah menjadi orang-orang islam.Mendapat hidayah ini bukan mudah.Hanya mereka yang dipilih oleh Allah sahaja yang berhak mendapat hidayah :

(Surah al-qasas: 56)

Maksudnya :" sesungguhnya engkau (wahai muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima islam) , tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya) dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk islam)."

Walaupun orang itu bapa nabi atau bapa saudara nabi atau sepupu nabi atau keluarga yang dekat dengan nabi dan hidup di zaman nabi tidak layak mendapat hidayah dan tidak menjadi orang islam.Hanya mereka yang dipilih oleh Allah SWT menjadi orang islam.Kerana menggunakan akalnya dengan betul dan bersungguh-sungguh mencari kebenaran dengan hati yang ikhlas layak mendapat hidayah Allah SWT. Yang sombong macam iblis walaupun alim dan banyak ilmunya, tidak mendapat hidayah. 

(Surah al-ankabut : 69)

Maksudnya: " dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami,sesungguhnya kami akan memimpin mereka kejalan-jalan kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

(18/12/2015)