IJTIMAK 'ALIMAT KEBANGSAAN KALI KE-3 2015 

 

Perak : Ijtimak 'Alimat yang diadakan pada kali ini mendapat sambutan yang baik serta mampu mumugar semangat para 'alimat seluruh negara untuk sama-sama berkecimpung dalam dewan ulamak sahaja atau terlibat  dalam dewan ulamak dan dewan muslimat, atau dewan muslimat sahaja.

 "Meribatkan diri dalam jamaah adalah satu kewajipan pada saat umat Islam begitu lemah dek kerana jauh dari Islam menyebabkan keadaan mereka hidup dalam kecelaruan pemikiran sehingga wujudnya jenayah dan penindasan yang membimbangkan." Ucap ustazah Ana Mastura Ismail, selaku pengerusi Lajnah 'Alimat Dewan Ulamak Pas Pusat dalam pembentangan beliau.

Ustaz hj Khairul Muntanazar bin Ismail, pengerusi Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis Dewan Ulamak Pas Pusat selaku pembentang kedua juga menekankan

peranan ustazah sangat penting dalam memperkukuhkan kepimpinan ulamak dalam pas yang merupakan gerakan Islam yang syumul dan seimbang meliputi dakwah, tarbiyah dan siasah.

Ijtimak kali ini melibat golongan profesional seperti jurusan perubatan yang layak menjadi keahlian dewan ulamak sebagai peserta dan terdapat juga slot jemputan muslimah profesional yang turut berucap bagi menyatakan sokongan padu terhadap kewujudan entiti baru dalam dewan ulamak pas.

Ini menunjukkan semangat kerjasama ahli pas yang dipelopori ahli yang mahir dalam pelbagai bidang yang diceburi bagi memantapkan perjuangan demi mendaulatkan Islam.