Oleh Wartawan abfah@Paswp

Kepong 31hb Oktober - Ahli PAS Wilayah Persekutuan diseru mempergiatkan lagi penggunaan media baharu khususnya aplikasi sosial dalam meyampaikan mesej Islam melalui wadah parti PAS.

Demikian tegas Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan , Nazmi Nik Din dalam ucapan ringkas beliau kepada ahli dan penyokong PAS Kawasan Kepong dalam siri Jaulah Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan ke kawasan-kawasan.

Menurut beliau lagi, gaya hidup warga kota KL yang sibuk menjadikan aplikasi sosial seperti whatsapp dan telegram serta facebook sebagai saluran penting dan utama mereka memperolehi maklumat.

Jesteru itu ujar beliau lagi , menjadi kewajipan kepada seluruh ahli PAS Wilayah Persekutuan melipatgandakan lagi usaha menyampaikan mesej Islam dan parti melalui aplikasi sosial ini untuk menembusi hati-hati warga kota melalui penyampaian mesej tersebut.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa pada bulan lepas PAS Wilayah Persekutuan telah melancarkan telegram bot :

https://telegram.me/PASWilayahBot

"Walaupun baru berusia sekitar sebulan lebih namun sambutan yang diterima sangat luar biasa. Berdasarkan rekod didalam data kita, sekitar 7 ribu warga kota telah melanggani telegram bot PAS Wilayah Persekutuan" ujar beliau lagi.

" Alhamdulillah walaupun promosi masih peringkat paling minimum tapi sambutan diluar jangkaan kita , jadi kami mengharapkan agar telegram bot tersebut terus disebarkan kepada seluruh warga kota tanpa mengira latar belakang mereka" tegas beliau lagi.

Dihantar oleh: Ketua Penerangan WP

Langganilah https://telegram.me/PASWilayahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.