Tahniah kepada Guru, Ibubapa dan Warga Pelajar

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan merakamkan kalungan ucapan tahniah kepada seluruh ibu apa, guru-guru dan warga pelajar di Wilayah Persekutuan yang mengambil keputusan UPSR pada hari ini.

Kejayaan yang hakiki ialah menjadi manusia yang berguna untuk agama dan negara dan seterusnya memperolehi kejayaan di hari akhirat kelak.

Tiada istilah kegagalan bagi kehidupan seorang manusia yang berwawasan jauh . Adik-adik sekalian anda adalah harapan untuk menjadi pelapis kepada kepimpinan sekarang.

" Beristiqamah Hingga Kemenangan"

Nazmi Nik Din,
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
17hb November 2015
11.49 Pagi