KUALA LUMPUR, 18 Nov 2015: Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan melalui Timbalan Pesuruhjayanya Sdr Kamaruzaman Muhammad dan Penolong Setiausaha II , Sdr Suhaimi Embong telah mengadakan pertemuan dengan wakil Persatuan Kebajikan Pemandu-Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor.

Masing-masing diketuai oleh Saudara Maniam dan Persatuan Pemandu Teksi Berwawasan Putrajaya Selangor diketuai oleh saudara Saari.

Dalam pertemuan tersebut mereka mereka menegaskan agar tuntutan-tuntutan mereka dibawa ke pihak yang berwajib untuk menyelesaikan isu melibatkan masa depan pemandu teksi di Malaysia.

Antara tuntutan meraka dari kerajaan ialah mengharamkan MyTeksi, GrabCar, Uber Aplikasi Kereta Sapu dan sebagainya. Bukan itu sahaja mereka juga turut memohon dari pihak berkenaan agar merombak SPAD, migrasi permit syarikat kepada permit individu, menyelaraskan dengan adil Perjanjian 1303, Perkeso.

Mereka juga turut mendesak pihak kerajaan agar menghapuskan budaya monopoli, menghapuskan penjajahan syarikat serta menurunksn harga NGV dan kadar tol untuk perkhidmatan teksi.

Dalam pertemuan itu juga , Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Sdr Kamaruzaman Mohamad turut menawarkan khidmat peguam PAS secara percuma jika mereka hendak membawa kes mereka ini ke mahkamah.