Oleh Wartawan@paswp

Titiwangsa, 19hb November 2015- Ahli PAS Wilayah Persekutuan diseru supaya memperkuatkan tarbiah dalaman melalui kehadiran dalam program-program yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.

Demikian tegas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Hj Mohamad Noor Mohamad dihadapan ahli-ahli PAS Kawasan Titiwangsa dalam Program Jaulah Harian ke kawasan tersebutdi Darul Ummah sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, PAS Wilayah Persekutuan sekarang ini rancak menjalankan aktiviti-aktiviti tarbiah termasuklah program yang terbaru dilancarkan iaitu LIVE WITH DATO SERI TUAN GURU PRESIDEN PAS FROM RUSILA.

Program tersebut diadakan pada setiap hari Jumaat bertempat di Darul Ummah. Ianya merupakan anjuran Lajnah Penerangan PAS Wilayah Persekutuan dan IT serta Lajnah Penerangan PAS Titiwangsa.

" Ianya merupakan peluang kepada ahli PAS untuk mendapat tarbiah lansung daripada Tuan Guru Presiden PAS " ujar beliau lagi yang juga merupakan bendahari PAS Pusat.

Beliau turut meminta ahli PAS supaya prihatin terhadap program-program parti supaya agar ahli PAS sentiasa beristiqamah dalam perjuangan ini.

Dalam program Jaulah tersebut juga , Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan itu juga turut menerima borang keahlian PAS yang baharu daripada Sdr Zakaria yang mewakili Cawangan PAS Kelab Golf.