"Rakyat memiilih sesorang wakil rakyat supaya menjadi ahli politik yang baik. Kalau menjadi pemerintah, jadilah pemerintah yang baik. Kalau jadi pembangkang, jadilah pembangkang yang baik. Bukan pembangkang yg baik kalau membangkang semua perkara membuta tuli.

Seperti dalam isu bajet 2016, PAS sebagai sebuah Gerakan Islam akan menyokong mana-mana perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat  tanpa mengira siapapun yang membawanya dan begitu juga sebaliknya sebarang perkara negatif, walau dari siapa juga yang membawanya termasuk jika datang daripada kerajaan, keburukan akan di tentang sekeras-kerasnya.

Pas mempunyai pendekatan tersendiri dalam menyatakan pendapat/ pandangan dan tidak terikat dengan mana-mana pihak. Janganlah ada mana-mana pihak yang cuba mempengaruhi PAS dalam mengetengahkan pandangan dan pendapatnya kerana sumber rujukan PAS adalah Al-Quran dan As-Sunnah yang tidak menjadi sumber rujukan mereka yang lain.

Sebagai contoh dalam menangai isu bajet 2016, PAS mempunyai pendekatannya yang tersendiri dan PAS juga telah mengemukakan cadangan balas yang konkrit dalam menasihati kerajaan terhadap bajet yang di bentangkan. Sila rujuk kenyataan media PAS Pusat pada sabtu 14-Nov-2015.

Kalau bajet itu berjaya ditolak, implikasinya sangat besar dan terlibat kepada seluruh rakyat Malaysia. Tahun 2016 nanti kerajaan akan "shut down" sebab tidak ada duit nak dibelanjakan. Kakitangan kerajaan tidak bergaji, operasi tak boleh berjalan, Ketika itu pastinya negara akan menjadi huru hara. Ini bukan suatu yang retorik, tetapi telah terjadi beberapa kali di Amerika Syarikat. Perkara itu pasti terjadi kepada Negara kita jika badjet 2016 di tolak. PAS tidak sanggup memperjudikan nasib Rakyat dan Negara demi mencapai kepentingan politik semata-mata.

Parti-parti yang menolak bajet 2016 seolah-olah tidak mempedulikan atau memang tidak peduli langsung itu semua dari berlaku, asalkan mereka boleh membangkang demi kepentingan politik mereka

Selain dari sebuah Gerakan Islam, PAS juga merupakan Parti tertua di Negara ini yang seharusnya membudayakan politik Matang dan Sejahtera, maka sesuai sangatlah tindakan yang diambil di parlimen beberapa hari yang lepas untuk BERKECUALI dalam menyokong bajet 2016. Setakat ini PAS masih konsisten, Berprinsip dengan perkara baik disokong dan perkara buruk di sanggah dan di tentang.

Oleh:
Hj Mohd Nurkhuzaini
Ketua Penerangan PAS
Kawasan Putrajaya.