Oleh Wartawan Hakimy@PASWP

Kepong, 31hb Oktober 2015- Setiap ahli Pas hendaklah memberi peranan dalam setiap posisi apapun yang mereka berada.

Demikian taujihat yang disampaikan oleh Tuan Hj Mohamad Noor Mohamad selaku Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan merangkap Bendahari PAS Pusat dalam progam Jaulah Harian Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan ke Kawasan Kepong.

Beliau juga menegaskan bahawa dalam perjuangan Islam ini tidak boleh tidak hendaklah digerakkan segala berjema'ah kerana perjalanannya bukan suatu perjalanan yang mudah dan tidak pula dihamparkan permaidani merah.

Beliau mengajak ahli PAS menelusuri perjuangan Nabi SAW yang mana Nabi SAW bukan sahaja berjuang bersendirian bahkan Baginda SAW dibantu oleh para Sahabat yang ikhlas berjuang dan sanggup mati bagi menegakkan agama yang suci ini.

Begitu juga dalam jema'ah Islam PAS hendaklah kita saling membantu diantara satu sama lain, samada diperingkat pusat, negeri, kawasan mahupun cawangan hendaklah ahli PAS sekalian membantu kepimpinan yang ada bagi memacu gerakan ini menuju kemenangan.

Di akhir bicara, beliau meluahkan rasa gembira akan kehadiran hadirin di dalam program Jaulah Harian Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang mana bukan sahaja dari kalangan 'orang lama' namun orang-orang muda juga turut sama hadir bagi mendengar taujihat pimpinan dan berdialog secara sihat.

Turut hadir pimpinan PAS peringkat Wilayah Persekutuan dan pimpinan PAS kawasan serta ahli dan pendokong parti.