Ke Arah Perubahan Gaya Hidup Sihat
31 Dec 2015 08:13

AKTIVIS PAS MENDEPANI 2016: KE ARAH PERUBAHAN GAYA HIDUP SIHAT Oleh: Dr Nabilah Ali
Sumber: FB Profes [ ... ]

Pandangan Awal Kes Zulkifli: Ustaz Zaharudin Muhammad
30 Dec 2015 06:45

Oleh: Ustaz Zaharudin Muhammad. Saya terbaca facebook selamatkan zulkifli yang menceritakan bahawa b [ ... ]

Fahami Politik Matang (Nasihat dan Lawan)
27 Dec 2015 07:04

Fahami konsep nasihat. "Agama itu nasihat. Maka baginda di tanya, untuk siapa nasihat itu? Baginda m [ ... ]

Menjawab Cadangan Pemansuhan Hukuman Khalwat
26 Dec 2015 05:11

MENJAWAB CADANGAN PEMANSUHAN HUKUMAN KHALWAT 20 DISEMBER 2015   1. PAS Kawasan Batu Gajah melihat c [ ... ]

Ijtima' 'Alimat Kebangsaan Kali ke-3
26 Dec 2015 05:07

IJTIMAK 'ALIMAT KEBANGSAAN KALI KE-3 2015    Perak : Ijtimak 'Alimat yang diadakan pada kali ini m [ ... ]

Tinta Ulamak ( Siri 38) : Contohi Rasulullah SAW Dalam Beristiqamah
21 Dec 2015 08:26

Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat TINTA ULAMA ( Siri 38 ) 21 Disember 2015M / 9 Rabiul Awwal  [ ... ]

Kedatangan Nabi dan Hidayah Allah
18 Dec 2015 12:08

KHUTBAH JUMAAT  (Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang) Kedatangan Nabi dan Hidayah Allah Waha [ ... ]

Ke Arah Perubahan Gaya Hidup Sihat
31 Dec 2015 08:13

AKTIVIS PAS MENDEPANI 2016: KE ARAH PERUBAHAN GAYA HIDUP SIHAT Oleh: Dr Nabilah Ali
Sumber: FB Profes [ ... ]

Pandangan Awal Kes Zulkifli: Ustaz Zaharudin Muhammad
30 Dec 2015 06:45

Oleh: Ustaz Zaharudin Muhammad. Saya terbaca facebook selamatkan zulkifli yang menceritakan bahawa b [ ... ]

Fahami Politik Matang (Nasihat dan Lawan)
27 Dec 2015 07:04

Fahami konsep nasihat. "Agama itu nasihat. Maka baginda di tanya, untuk siapa nasihat itu? Baginda m [ ... ]

Menjawab Cadangan Pemansuhan Hukuman Khalwat
26 Dec 2015 05:11

MENJAWAB CADANGAN PEMANSUHAN HUKUMAN KHALWAT 20 DISEMBER 2015   1. PAS Kawasan Batu Gajah melihat c [ ... ]

Ijtima' 'Alimat Kebangsaan Kali ke-3
26 Dec 2015 05:07

IJTIMAK 'ALIMAT KEBANGSAAN KALI KE-3 2015    Perak : Ijtimak 'Alimat yang diadakan pada kali ini m [ ... ]

Tinta Ulamak ( Siri 38) : Contohi Rasulullah SAW Dalam Beristiqamah
21 Dec 2015 08:26

Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat TINTA ULAMA ( Siri 38 ) 21 Disember 2015M / 9 Rabiul Awwal  [ ... ]

Kedatangan Nabi dan Hidayah Allah
18 Dec 2015 12:08

KHUTBAH JUMAAT  (Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang) Kedatangan Nabi dan Hidayah Allah Waha [ ... ]

Kolumn Ketua DUPP

  • Masjid Al-Aqsa: PAS bersama rakyat Malaysia bersolidariti

  • 1
  • 2
  • 3

Kolumn Ketua Penerangan DUPP

  • Pendidikan Pergaulan Dan Bersosial Menurut Perspektif Islam Patut Ditekankan

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

Kenyataan Media DUPP

  • Pendidikan Pergaulan Dan Bersosial Menurut Perspektif Islam Patut Ditekankan +

    Read More
  • Persidangan Antarabangsa Kesatuan Ummah di Tehran; Menggarap Krisis Semasa Dunia Islam +

    Read More
  • Kenyataan Media : Pendekatan "Muqabalah" dan "Muzakarah"; Selangkah Memperkasakan PAS di Arena Politik +

    Read More
  • 1
  • 2

AKTIVIS PAS MENDEPANI 2016: KE ARAH PERUBAHAN GAYA HIDUP SIHAT

Oleh: Dr Nabilah Ali
Sumber: FB Profesional Istiqamah

Sudah lama saya terpanggil untuk membicarakan isu ini yang mungkin dianggap perkara remeh atau biasa oleh kebanyakan orang.

Apalagi dengan bergegarnya alam siber kini dengan cerita UG yang diulang tayang entah versi keberapa semata-mata baju melayu merah jambu sedondon yang dipakai. Atau kononnya berlaku perpecahan di kalangan saf pimpinan tertinggi PAS. Biarkan kata-kata itu semua, kita terus maju ke hadapan.

 

Jom kita bercakap mengenai makan.

Makan.

Ya. Makan.

Tak sah kita kalau tak makan dua tiga kali sehari. Kita bekerja pun untuk mencari sesuap nasi yang semakin payah dan mahal disebabkan tindakan kerajaan BN sekarang yang tidak cakna petani dan pengguna serta menarik balik subsidi beras. Harga sepinggan nasi kosong pun sudah mencecah RM1.50.

Dalam jamaah yang dikasihi ini, perlu dimulakan satu budaya baru di kalangan aktivis PAS iaitu budaya 'Cakna makan'.

Saban tahun, kita mendapat berita aktivis serta pimpinan PAS yang dimasukkan ke hospital untuk pelbagai masalah kesihatan. Punca utamanya ialah kelemahan kita memilih makanan yang sihat serta seimbang dan kurangnya bersenam. Dalam Islam pun, terlebih makan juga punca pelbagai jenis penyakit.

Mungkin perlu diingatkan semua bahawa Malaysia berjaya merangkul tempat pertama di kalangan negara Asia sebagai negara paling ramai yang 'obese'. Menurut jurnal perubatan Lancet Mei 2014, Malaysia juara heavyweight iaitu 45.3% penduduk, diikuti Korea Selatan 33.2% dan Pakistan di tempat ketiga iaitu 30.7%.

Syabas Malaysia. Kalaulah kita sehebat itu dalam aspek ketelusan pentadbiran, sifar rasuah, hemah berbelanja dan lain-lain.

Malah, jurnal tersebut menyatakan bahawa 49% wanita serta 44% lelaki Malaysia dikategorikan obes. Dalam ertikata lain, jika dalam mesyuarat kawasan PAS yang diadakan, hampir separuh boleh dikatakan obes. Itu belum lagi mereka yang 'overweight'. Agak-agaknya berapa peratus sahaja yang mempunyai berat badan unggul iaitu BMI 18.5 sehingga 24.9?

Oleh itu, mari kita cakna kesihatan kita secara berjamaah. Mudah sahaja. Kita mulakan dengan mengubah diet atau menu makanan di dalam mesyuarat atau program PAS dengan makanan dan minuman yang lebih berkhasiat.

Sediakan air mineral sahaja. Buat mereka yang perlu 'caffeine kick' itu, sediakan sedikit paket kopi atau teh serta paket kecil gula atau krimer untuk dibancuh sendiri. Tetapi bukan yang 3-in-1 ya, sebab ia juga agak manis.

Untuk sarapan, lupakan roti canai, nasi lemak, nasi goreng, mee gorengnya. Sesekali saya diundang berkongsi ilmu, adakalanya diadakan sesi sarapan pagi bersama doktor, tetapi yang dihidangnya nasi lemak serta kuih-muih yang manis. Jadi saya minum air mineral yang disediakan sahaja. Dan saya pesan, molek kalau disediakan makanan berkhasiat dan bukannya nasi lemak!

Amat menginsafkan setelah menghadiri seminar nutrisi beberapa tahun yang lepas. Terkedu seketika dan masih terngiang-ngiang nasihat penceramahnya; pinggan perlu dibahagi empat; seperempat nasi, seperempat lauk dan separuh pinggan perlu dipenuhi sayur dan ulam-ulaman.

Kini, tak perlu ditambah-tambah, memadai sekepal nasi sahaja. Sayur-sayuran yang dahulunya cukup alergik kini menjadi kemestian. Malah, sudah sampai hati menolak permintaan anak untuk bantu melicinkan pinggan. Mereka pun faham. Umi 'diet', mereka tersengih lebar.

Memang budaya orang Melayu ini suka menjamu. Lagi banyak hidangan lebih bagus. Kadangkala ia cerminan betapa kita sebagai tuan rumah menghargai tetamu. Tetapi, dalam keadaan kesihatan fizikal rakyat Malaysia yang kurang sihat, yang antaranya adalah pendokong jamaah kita sendiri, ditambah pula dengan kesihatan mental yang kerap diasak bertubi-tubi kini, mari kita cakna kesihatan.

Bayangkan, jadual pimpinan PAS. Pagi sarapan di gerai bertemu penduduk kampung. Pagi di pejabat ada mesyuarat, mungkin ada kudapan juga. Tengahari, bergegas berjumpa wakil masyarakat. Makan tengahari bersama mereka. Petang dan malam, ada program serta kuliah. Dijamu makanan kadangkala lewat malam. Tiada masa untuk bersenam.

Kita pula yang menjamu mereka, tidak cakna kesihatan, malah menjamu makanan yang bukan sahaja lazat malah pelbagai aneka, yang pastinya menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti darah tinggi, jantung dan kencing manis.

Oleh itu, sebagai pendokong gerakan Islam, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri kita sendiri dan saf pimpinan kita dengan mempelopori budaya baru 'Cakna makan'.

Teman seperjuangan, cukup-cukuplah kuih manis dan pisang goreng untuk minum petang. Kita gantikan dengan buah-buahan dan air mineral sahaja. Usah pimpinan dihidang makan berat lewat malam. Takut menyumbang kepada kolesterol berlebihan dan dijelmakan sebagai sakit jantung.

Bersenam tidak sempat? Usah risau. Jika dulu kita biasa menggunakan parkir dekat dengan pintu masuk utama, sekarang tidak patut lagi. Semua aktivis PAS perlu 'parking' jauh sedikit.

Biasa ambil lif? Kini, kita ramai-ramai memanjat tangga setakat yang mampu. Secara berjamaah, mungkin kita boleh mulakan untuk tiga hari seminggu; Selasa, Rabu dan Jumaat. Kelak, harapnya budaya ini menjadi norma di kalangan aktivis PAS. Bila berselisih ramai-ramai memanfaatkan tangga, bergembiralah kerana pastinya mereka ini 'confirm' hijau jiwa raganya.

Tuntasnya, aspek kesihatan perlu dititikberatkan oleh jamaah PAS dewasa ini demi kelangsungan perjuangan Islam, dalam menuju Malaysia yang lebih sejahtera.

Cakna kesihatan. Istiqamah untuk cergas.

Mind our health. Commit to be fit.

*Penulis ialah seorang doktor dan ahli iPRO (Persatuan Graduan UK dan Eire) yang istiqamah dengan PAS.
Beliau mendambakan barisan pendokong dan pimpinan PAS yang sihat minda dan fizikal bagi mendepani masa hadapan yang lebih mencabar.

___________________________

**Melihat kepada kepentingan aspek kesihatan ini, kami di PI insyaAllah akan melancarkan kempen gaya hidup sihat sempena tahun baru 2016 ini. Kami ingin mengajak para aktivis PAS untuk bersama-sama melakar azam untuk membudayakan gaya hidup yang lebih sihat dan cergas.

Nantikan kemunculan baju sukan PI yang direka khas dan bakal dilancarkan tidak lama lagi bagi merancakkan lagi kempen dan seterusnya menjayakan usaha ini.

#MovingForward
#ProfesionalIstiqamah
#MempersiapGenerasiKemenangan