KUALA LUMPUR : Siang malam pemimpin dan ahli PAS membuat kerja parti dengan kadar kemampuan masing-masing semuanya untuk memburu kemenangan yang selari dengan kehendak syara, demikian menurut Idris Ahmad .

Naib Presiden PAS ini turut menegaskan , perjuangan PAS bukan hanya sekadar mengejar kemenangan semata-mata tetapi prinsip yang dipertahankan PAS adalah kemenangan dicapai seiring dengan tuntutan syara'.

Tegas beliau , kewujudan pemikiran songsang dengan jelas menyimpang daripada manhaj perjuangan PAS mencemarkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Namun Allah s.w.t pasti akan menjaga mana-mana perjuangan yang menegakkan agamanya.