Kerajaan Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa campur tangan untuk membantu bekas pekerja ladang Ladang Segambut mendapat penyelesaian yang adil.

Rumah-rumah mereka di Kg Ladang Segambut telah diroboh pada 19 Jun lepas.

Walau bagaimanapun penduduk telah memaklumkan semasa lawatan saya hari ini bahawa mereka tidak mendapat sebarang rumah alternatif daripada pemaju atau pemilik tanah.

Penduduk memberitahu mereka hanya diberi notis 3 hari sebelum rumah-rumah mereka dirobohkan.

Menurut kebiasaan bagi perobohan seperti ini, penduduk akan ditawarkan untuk membeli rumah kos rendah atau rumah alternatif yang lain.

Buat masa ini penduduk tinggal di bawah khemah berhampiran tapak kampung mereka yang telah dirobohkan itu.

Dengan itu saya menggesa Menteri yang terlibat dan DBKL membantu penduduk kampung yang sekarang ini tinggal di dalam keadaan yang dhaif.

Iskandar A. Samad
Naib Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
25 Jun 2015