HADITH: MAUT AKAN DISEMBELIH DI ATAS SHIRATH 

Dari Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; "Pada hari kiamat kematian akan didatangkan. Dia akan berjalan di atas Shirath. Lalu dikatakan, 'Wahai penghuni Syurga', lalu para penghuni syurga mengerti (terhadap panggilan itu) dengan keadaan takut dan cemas kalau nantinya akan dikeluarkan lagi dari tempat yang mereka tinggal. Kemudian dikatakan, 'Wahai penghuni neraka', Lalu para penghuni neraka mengerti (panggilan tersebut) sambil merasa senang dan bahagia kalau-kalau nantinya akan dikeluarkan dari tempat tinggal mereka. Lalu dikatakan, 'Apakah kalian mengenali ini?' Mereka semua menjawab, 'Ya(kami tahu), ini adalah maut' Lalu maut diperintah (datang) kemudian disembelih di atas shirath. Kemudian dikatakan kepada kedua kelompok tersebut, '(Tinggallah kalian) kekal selamanya-lamanya di dalam tempat kalian. Di dalamnya tidak akan ada lagi kematian." (Hadith riwayat Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya pada bab Shifatun-Naar, juz II, hal.305)


Keterangan:

Hadith tersebut menerangkan kita bahawa semua yang selain Allah itu makhluk, samada manusia, jin, bintang, haiwan, masa hatta maut sekalipun. Adalah tidak mustahil bagi Allah menjelmakan 'maut' itu dalam bentuk haiwan yang akan disembelih di atas titian Shirath.

Adapun kehidupan dunia itu berbeza sangat dengan akhirat, tujuan dihapuskan 'mati' itu adalah agar mereka di syurga dapat merasa nikmat dan tenangnya di dalam sana sedangkan mereka yang di dalam neraka (na'uzubillah) terus menerus diseksa tanpa ada kematian dan tidak mampu lagi keluar dari seksaan mereka.

(Rujukan: Syarah Hadith Qutsi terbitan Pustaka Azzam, halaman 828, hadith no.385.)

"Tarbiyah Teras Istiqamah"
Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepong