Pada jalan menuju keredaanNya
Tiga prinsip harus dijaga
Takhalli, tahalli dan tajalli
Sifat terpuji tuntutan ilahi

Takhalli itu bukan mudah
Menyingkir segala sifat mazmumah
Dalam diri kenalah mujahadah
Melawan syaitan, nafsu serakah

Tahalli pula perlu diusaha
Perhiasan diri akhlak mulia
Rasulullah saw ikutan utama
Berpayungkan syariat sepanjang masa

Tajalli itu sebagai petanda
Menyerlah keunggulan sebagai petanda
Perjuangan Islam menjadi jalannya
Liku dan mehnah bukan penghalangnya.

Oleh : Ustaz Zainudin
Pengerusi
Lajnah Dakwah BPPWP
17 Disember 2015