Renungan Buat Pejuang Islam.

Jika kita berjuang kerana ketokohan seseorang individu, kita pasti akan kecewa apabila tokoh yang kita sanjung itu, meninggal dunia atau sudah tiada bersama kita.

Jika kita berjuang kerana pangkat, kita akan kecewa apabila kita tidak terpilih memegang jawatan.

Jika kita berjuang kerana harta, kita akan kecewa apabila kita tidak memperolehi harta tersebut.

Tetapi... Jika kita berjuang kerana Allah, kita tidak akan kecewa buat selama-lamanya.

Jika kita berjuang untuk Islam, kita yakin bahawa Islam pasti menang dan akan dapat mengatasi semua ideologi.

Dalam perjuangan...
Kita kena faham antara matlamat dan strategi.

Perjuangan Islam mestilah realistik dari segi gerak kerja, konsisten dari segi dasar dan futuristik dari segi perancangan.

Jadilah diri kita sabagai mata rantai yang melengkapkan perjuangan.

Perjuangan Islam tidak mengalami sebarang kerugian dengan ketiadaan kita, sebaliknya kitalah yang akan mengalami kerugian apabila kita meninggalkan perjuangan Islam.

Islam wajib diperjuangkan melalui wadah Islam yang menetapkan dasar Islam dan hala tuju yang jelas untuk memartabatkan ajaran Islam secara menyeluruh di setiap hieraki masyarakat.

Oleh : Ustaz Zainudin
Pengerusi Lajnah Dakwah
BPPWP.
Jumaat, 11 Disember 2015.